Tuesday, February 24, 2009

Sejarah Wang

Suatu ketika dulu, wang tidak digunakan dalam menjalankan aktiviti harian, malahan manusia sendiri pun tidak mengetahui tentang wang. Ketika itu, setiap manusia akan menghasilkan makanan dan pakaian sendiri serta mencari kediaman di kawasan gua dan berdekatan dengan sungai. Manusia mendapatkan makanan melalui aktiviti berburu dan bercucuk tanam, manakala pakaian mereka dihasilkan sendiri dengan menggunakan kulit binatang atau pokok. Keadaan ini tidak praktikal kerana sesetengah barangan tidak didapati di kawasan masing-masing. Sebagai contoh, manusia yang tinggal di kawasan laut tidak mendapat sumber makanan daging kerana mereka tidak menjalankan aktiviti pemburuan, sebaliknya mereka menggunakan sumber laut untuk keperluan makanan.

Hari demi hari, kemahuan manusian semakin berubah. Manusia di kawasan pesisir pantai inginkan barangan dari kawasan hutan dan begitulah sebaliknya untuk manusia yang tinggal di kawasan hutan. Oleh itu, mereka telah mencipta satu sistem pertukaran barangan yang dipanggil sistem barter. Sistem ini telah wujud semenjak zaman batu lagi dan yang menariknya, sistem ini pertama kali telah berlaku dizaman Nabi Adam as, dimana kedua-dua orang puteranya yang bernama Qabil dan Habil perlu mengorbankan hasil ternakan dan pertanian mereka yang terbaik sebagai syarat atau tukaran untuk berkahwin dengan seorang lagi puteri Nabi Adam a.s . Pada zaman batu, manusia yang tinggal dikawasan pesisir pantai melakukan sistem barter untuk mendapatkan barangan hasil hutan seperti daging, sayur, buah-buahan dan sebagainya daripada manusia yang tinggal dikawasan pedalaman dengan syarat menukarkan barangan yang sama nilainya dengan barang yang diminta.


Walaubagaimanapun, sistem barter ini tidak semudah yang dijangkakan. Kadangkala sukar untuk mencari sesorang yang memiliki apa yang kita kehendaki dan pada masa yang sama juga memerlukan baragan yang ada pada kita. Selain itu, sistem ini juga tedapat kelemahan dari segi nilai barangan yang hendak di tukar, sebagai contoh suatu barang seperti lembu tidak akan dipotong kepada potongan yang lebih kecil untuk ditukarkan dengan sebuku roti.

Tidak lama kemudian, beberapa barangan telah digunakan secara kerap dalam sistem barter ini. Ini kerana barangan ini mempunyai ciri-ciri seperti mudah dibawa dan mudah untuk dibahagikan. Duit komoditi (barangan yang diperdagangkan) ini mula menjadi medium pertukaran (sesuatu barang yang diterima pakai oleh umum) untuk ditukarkan dengan barangan lain. Contoh barangan yang biasa digunakan sebagai pengganti wang ialah, garam, teh, cengkerang, roti, bijirin dan tembakau.

Pemulaan pengunaan wang yang sebenarnya hanya muncul setelah pemerintah atau raja menimbulkan isu tentang nilai yang tetap. Sebagai contoh, di dalam sejarah Malaysia, ketulan timah telah digunakan sebagai komoditi yang menggantika wang. Secara beransur-ansur duit syiling ini menjadi semakin kecil (mudah dibawa) dan dibuat dari timah, perak, tembaga dan emas dengan saiz dan berat yang telah diiktiraf. Syiling pada zaman ini juga membawa tanda atau cap diraja untuk mengelakkan ia dari ditiru. Lama kelaman syiling ini telah menjadi duit dalam kegunaan seharian.

Apabila perniagaan mula muncul dan semakin berkembang , membawa sejumlah syiling yang banyak ke serata negara telah menjadi yang tidak sesuai untuk dipraktikkan kerana berat. Pada zaman pertengahan, orang ramai lebih gemar untuk mendepositkan syiling mereka ke tukang emas yang boleh di percayai dan ditukarkan dengan helaian resit kertas. Apabila mereka yang telah mendepositkan syiling mereka ini hendak membuat bayaran, mereka akan menukarkan kembali resit-resit itu tadi kepada syiling kembali. Selagi tukang emas itu seorang yang boleh dipercayai, resit kertas itu akan berfungsi sebagai syiling dengan sebaiknya. Dengan itu terbentuklah wang kertas dan bank yang pertama pada zaman ini.

Dengan bermulanya sistem bank , ini merupakan permulaan untuk wang “fiat” (perintah). Wang fiat ialah sesuatu yang kita perlu perakui ia sebagai wang kerana kerajaan telah memperintahkan untuk mengakui benda itu sebagai wang. Nilai mata wang dan syiling yang kita gunakan sekarang juga merupakan salah satu contoh wang fiat ini. Syiling dan wang yang kita gunakan kini biasanya dikeluarkan oleh kerajaan dan pihak bank pusat.

Di Malaysia, hanya Bank Negara Malaysia yang dibenarkan untuk mengeluarkan syiling dan not wang kertas. Nilai bagi ringgit sah dan disokong dengan nilai emas tukaran wang asing yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia. Wang yang sah bermaksud ringgit telah diperakui oleh undang-undang anatra negara.

No comments:

Post a Comment