Monday, February 23, 2009

Sejarah wang kertas di Malaysia

Pertama kali Bank Negara Malaysia mengeluarkan dolar Malaysia wang kertas pada bulan Jun 1967 dalam $1, $5, $10, $50 dan $100. Wang kertas $1000 telah dikeluarkan pertama kali pada tahun 1968. Kesemua wang kertas Malaysia pada waktu ini telah mempamerkan imej Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama

Mesin ATM biasanya mengeluarkan wang kertas RM50 atau wang kertas RM10.

Wang-wang kertas Malaysia telah lama mengikuti satu kod warna yang pernah digunakan semasa zaman penjajahan British.

  • RM1 - Biru
  • RM2 - Unggu
  • RM5 - Hijau
  • RM10 - Merah
  • RM20 - Perang/Putih (sudah tidak digunakan)
  • RM50 - Biru/Kelabu
  • RM100 – Unggu
  • RM500 - Oren (sudah tidak digunakan)
  • RM1000 - Biru/Hijau (sudah tidak digunakan)

No comments:

Post a Comment