Sunday, February 22, 2009

Lain-lain gambar wang Malaysia


Mata wang malaysia dikenali dengan nama ringgit, ringgit malaysia dibahagikan kepada 1000sen per 1 ringgit . Pada permulaan keluaran note ringgit ini simbol $ digunakan kemudian ia ditukar kepada RM iaitu ringgit malaysia pada 1996.

Pada zaman sebelum kemerdekaan 1957 (zaman kolonial british) matawang malaya dikeluarkan oleh the Board of Commissioners of Currency Malaya 1940an-1952 matawang ini menggunakan potret His Majesty King George VI dari 1940an - 1967 setelah itu the Board of Commissioners of Currency Malaya And British Borneo telah mengeluarkan The Malaya and British Borneo banknotes yang memaparkan potret Her Majesty Queen Elizabert II pada tahun1953 . Siri kedua telah dikeluarkan pada 1959 yang lebih dikenali dengan duit kapal layar dan kerbau .




Gambarajah matawang British yang digunakan di Tanah Melayu



Pada Zaman Pemerintahan jepun di malaya 1942 . Kerajaan Jepun di malaya telah mengeluarkan wang kertas sendiri yang dikenali dengan Japanese Occupation of Malaya Banknote atau Wang pokok pisang sebagai gantian kepada matawang british..

Siri pertama matawang ini mempunyai nombor siri setelah itu siri seterusnya tidak mempunyai no siri dan digantikan dengan huruf M yang bermaksud Malaya. Pihak Jepun telah mencetak wang kertas tersebut dengan sewenang-wenangnya dan menyebabkan kadar inflasi yang tinggi dan mata wang tersebut susut nilainya.



Gambarajah wang yang digunakan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu

No comments:

Post a Comment