Monday, February 23, 2009

Wang kertas Malaysia, siri keempat (2008)

Pada awal tahun 2008, Bank Negara Malaysia telah merekabentuk RM50 wang kertas yang baru, Wang ini telah diedarkan kepada umum bermula pada Januari, 2008. Pada mulanya, 20,000 keping wang ini telah diagihkan dengan menggunakan pembungkusan khas pada Disember, 2007.

Reka bentuk baru wang kertas RM50 masih mengekalkan warna utamanya iaitu hijau biru, tetapi direka dalam satu tema yang baru, "Misi Nasional", yang menzahirkan peningkatan ekonomi Malaysia.

Ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas termasuk satu potret telus Yang di-Pertuan Agong, satu benang keselamatan, mikro letterings, unsur-unsur pendarfluor cahaya ultra unggu, satu imej pendam berwarna-warni yang berubah warna apabila dilihat pada sudut-sudut yang berbeza, dan satu belang holografik di tepi bahagian wang kertas dan satu imej yang dapat dilihat hanya melalui satu kesan corak ‘moirĂ©’ untuk menghalang pemalsuan dengan menggunakan mesin salinan foto.

Pada akhir tahun 2007, pengeluaran wang kertas RM50 telah dikurangkan oleh Bank Pusat kerana bank-bank Malaysia yang menggunakan mesin juruwang automatik tidak dapat menerima wang kertas tersebut.

Siri Keempat

Imej

Nilai

Warna Utama

Uraian

Tarikh Dikeluarkan

Hadapan

Belakang

Hadapan

Belakang

Gambar

Gambar

RM50

Biru dan Hijau

Tunku Abdul Rahman dan Bunga Raya

Perdana Menteri Malaysia Pertama dan Ulangtahun 50th Kemerdekaan Negara

 

 

2008

No comments:

Post a Comment