Tuesday, February 24, 2009

Sejarah Wang

Suatu ketika dulu, wang tidak digunakan dalam menjalankan aktiviti harian, malahan manusia sendiri pun tidak mengetahui tentang wang. Ketika itu, setiap manusia akan menghasilkan makanan dan pakaian sendiri serta mencari kediaman di kawasan gua dan berdekatan dengan sungai. Manusia mendapatkan makanan melalui aktiviti berburu dan bercucuk tanam, manakala pakaian mereka dihasilkan sendiri dengan menggunakan kulit binatang atau pokok. Keadaan ini tidak praktikal kerana sesetengah barangan tidak didapati di kawasan masing-masing. Sebagai contoh, manusia yang tinggal di kawasan laut tidak mendapat sumber makanan daging kerana mereka tidak menjalankan aktiviti pemburuan, sebaliknya mereka menggunakan sumber laut untuk keperluan makanan.

Hari demi hari, kemahuan manusian semakin berubah. Manusia di kawasan pesisir pantai inginkan barangan dari kawasan hutan dan begitulah sebaliknya untuk manusia yang tinggal di kawasan hutan. Oleh itu, mereka telah mencipta satu sistem pertukaran barangan yang dipanggil sistem barter. Sistem ini telah wujud semenjak zaman batu lagi dan yang menariknya, sistem ini pertama kali telah berlaku dizaman Nabi Adam as, dimana kedua-dua orang puteranya yang bernama Qabil dan Habil perlu mengorbankan hasil ternakan dan pertanian mereka yang terbaik sebagai syarat atau tukaran untuk berkahwin dengan seorang lagi puteri Nabi Adam a.s . Pada zaman batu, manusia yang tinggal dikawasan pesisir pantai melakukan sistem barter untuk mendapatkan barangan hasil hutan seperti daging, sayur, buah-buahan dan sebagainya daripada manusia yang tinggal dikawasan pedalaman dengan syarat menukarkan barangan yang sama nilainya dengan barang yang diminta.


Walaubagaimanapun, sistem barter ini tidak semudah yang dijangkakan. Kadangkala sukar untuk mencari sesorang yang memiliki apa yang kita kehendaki dan pada masa yang sama juga memerlukan baragan yang ada pada kita. Selain itu, sistem ini juga tedapat kelemahan dari segi nilai barangan yang hendak di tukar, sebagai contoh suatu barang seperti lembu tidak akan dipotong kepada potongan yang lebih kecil untuk ditukarkan dengan sebuku roti.

Tidak lama kemudian, beberapa barangan telah digunakan secara kerap dalam sistem barter ini. Ini kerana barangan ini mempunyai ciri-ciri seperti mudah dibawa dan mudah untuk dibahagikan. Duit komoditi (barangan yang diperdagangkan) ini mula menjadi medium pertukaran (sesuatu barang yang diterima pakai oleh umum) untuk ditukarkan dengan barangan lain. Contoh barangan yang biasa digunakan sebagai pengganti wang ialah, garam, teh, cengkerang, roti, bijirin dan tembakau.

Pemulaan pengunaan wang yang sebenarnya hanya muncul setelah pemerintah atau raja menimbulkan isu tentang nilai yang tetap. Sebagai contoh, di dalam sejarah Malaysia, ketulan timah telah digunakan sebagai komoditi yang menggantika wang. Secara beransur-ansur duit syiling ini menjadi semakin kecil (mudah dibawa) dan dibuat dari timah, perak, tembaga dan emas dengan saiz dan berat yang telah diiktiraf. Syiling pada zaman ini juga membawa tanda atau cap diraja untuk mengelakkan ia dari ditiru. Lama kelaman syiling ini telah menjadi duit dalam kegunaan seharian.

Apabila perniagaan mula muncul dan semakin berkembang , membawa sejumlah syiling yang banyak ke serata negara telah menjadi yang tidak sesuai untuk dipraktikkan kerana berat. Pada zaman pertengahan, orang ramai lebih gemar untuk mendepositkan syiling mereka ke tukang emas yang boleh di percayai dan ditukarkan dengan helaian resit kertas. Apabila mereka yang telah mendepositkan syiling mereka ini hendak membuat bayaran, mereka akan menukarkan kembali resit-resit itu tadi kepada syiling kembali. Selagi tukang emas itu seorang yang boleh dipercayai, resit kertas itu akan berfungsi sebagai syiling dengan sebaiknya. Dengan itu terbentuklah wang kertas dan bank yang pertama pada zaman ini.

Dengan bermulanya sistem bank , ini merupakan permulaan untuk wang “fiat” (perintah). Wang fiat ialah sesuatu yang kita perlu perakui ia sebagai wang kerana kerajaan telah memperintahkan untuk mengakui benda itu sebagai wang. Nilai mata wang dan syiling yang kita gunakan sekarang juga merupakan salah satu contoh wang fiat ini. Syiling dan wang yang kita gunakan kini biasanya dikeluarkan oleh kerajaan dan pihak bank pusat.

Di Malaysia, hanya Bank Negara Malaysia yang dibenarkan untuk mengeluarkan syiling dan not wang kertas. Nilai bagi ringgit sah dan disokong dengan nilai emas tukaran wang asing yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia. Wang yang sah bermaksud ringgit telah diperakui oleh undang-undang anatra negara.

Selanjutnya...

Mari mengenal ringgit Malaysia

RINGGIT MALAYSIA

Pada masa dahulu (selepas kemerdekaan negara dan pembentukan Maalaysia), ringgit Malaysia secara umumnya dikenali sebagai ‘dolar Malaysia’ iaitu mata wang untuk negara Malaysia. Ianya telah dipecahkan kepada 100 sen dan kod mata wangnya adalah MYR (Ringgit Malaysia). Ringgit ini telah dicadangkan oleh Bank Negara Malaysia.

Etimologi

Perkataan ringgit pada asalnya bermaksud ‘gerigi’ dalam bahasa melayu dan pada asalnya digunakan berdasarkan daripada sisi bergerigi pada wang dolar sepanyol dimana ianya digunakan secara meluas pada zaman penjajahan portugis di abad ke-16 dan ke-17. Dolar Singapore dan dolar Brunei juga dikenali sebagai ringgit dalam bahasa Melayu walaupun mata wang dari Negara besar seperti Negara Amerika Syarikat dan Australia adalah dolar. Pada masa sekarang, perkataan Ringgit Malaysia telah dipendekkan kepada ‘RM’.

Perkataan Ringgit dan sen secara rasminya telah dijadikan sebagai perkataan rasmi untuk matawang Malaysia pada Ogos 1975. Sebelum ianya dijadikan perkataan rasmi untuk matawang Malaysia, ianya masih dikenali secara rasminya sebagai ‘Dollar’ dan ‘Cent’ dalam bahasa inggeris dan ringgit dan sen dalam bahasa melayu dan disesetengah tempat di negara Malaysia masih menggunakan perkataan yang berbeza. Contohnya di Malaysia, satu ringgit dikenali sebagai ‘one dollar’ dalam bahasa Inggerris dan ‘tsit-kho’ (蜀塊/) dalam bahasa Hokkien. Di utara semenanjung Malaysia ianya perkataan untuk nilai 10 sen lebih dikenali sebagai ‘kupang’ dalam bahasa Melayu dan ‘poat’ dalam bahasa Hokkien. Contohnya nilai 50 sen dikenali sebagai 5 kupang.


Selanjutnya...

Kenapa ringgit ialah wang?

Ringgit ialah wang, kerana:


  • · Ia adalah medium pertukaran (contoh: kita boleh tukarkan sebuku roti untuk duit)

  • · Ia adalah suatu nilai yang boleh di ukur (barangan dinyatakan dalam nilai ringgit. Contoh: Sebuku roti besamaan dengan RM1)

  • · Ia adalah suatu yang bernilai dan boleh disimpan (kita simpan tunai atau deposit ringgit ke dalam Bank sebagai simpanan kita).

  • · Ia sukar untuk dipalsukan (hukuman berat akan dikenakan jika meniru dan memalsukan ringgit- terdapat banyak ciri-ciri keselamatan pada not wang kita yang menjadikan ia sukar untuk ditiru.

  • · Ia boleh dibahagikan (100 sen = RM1; terdapat syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan juga not RM1, RM5, RM10, RM50 and RM100)

Selanjutnya...

Sejarah wang syiling

Siri pertama (1967)

Wang syiling pertama telah diperkenalkan pada tahun 1967 dalam nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, dan di ikuti dengan penghasilan wang syling 1 ringgit dimana ianya diteruskan dengan mnggunakan simbol “$” merupakan wang syling yang terbesar dalam sirinya pada 1971. Pada asalnya kesemua wang syiling dicetak hampir sama dibahagian depan dan belakang. dan yang membezakannya adalah diameter syiling tersebut. Dibahagian belakang syiling telah diukir gambar ukiran bangunan Parlimen serta ukiran bulan sabit dan bintang seperti yang terdapat di dalam bendera Malaysia diatas ukiran Parlimen tersebut. Kesemua wang syiling telah dibuat daripada bahan berunsur cupronikel (campuran tembaga dan nikel) kecuali wang syling 1 sen dimana ianya dibuat daripada bahan berunsur gangsa disekitar tahun 1967 hingga 1972. Selepas itu, ianya diikuti dengan logam yang disaluti lapisan tembaga pada tahun 1978 keatas. Wang syiling 50 sen merupakan satu-satunya wang syiling dalam siri ini yang telah dibuat perubahan kecil pada bahagian sisinya dengan memasukkan tulisan Bank Negara Malaysia pada tahun 1971.

Pembuatan syling pada siri yang pertama telah dibekukan pada tahun 1989 apabila siri kedua wang syling telah diperkenalkan. Namun begitu,wang syiling ini telah dikekalkan penggunaanya sehingga tahun 2008, tetapi jumlahnya telah menurun sejak tak tahun 1990. Wang syiling $1 telah berubah sejak wang syiling $1 siri kedua diperkenalkan pada 1989.

Selanjutnya...

Monday, February 23, 2009

Sejarah wang syiling

Siri kedua (1989)

Wang syiling siri kedua telah diperkenalkan pada penghujung tahun 1989. Pada siri kedua ini, wang syiling telah direkabentuk semula dibahagian hadapan dan belakangnya, tetapi rekabentuk dibahagian sisi, diameter dan bahan yang digunakan untuk membuat wang syiling seperti pada siri sebelumnya iaitu pada tahun 1989 dikekalkan kecuali wang syiling 1 ringgit. Perubahan yang berlaku pada wang syiling ini adalah ukiran bunga raya (bunga kebangsaan Negara Malaysia) dimasukkan dibahagian atas permukaan hadapan wang syiling dan ukiran gambar peralatan tradisianal kaum melayu dibahagian belakang wang syiling tersebut.

Hanya wang syiling 1 ringgit mengalami perubahan pada keseluruhan bahagian pada wang tersebut. Disamping mengubah pada bahagian hadapan dan belakang wang syiling tersebut, saiz diameter wang syiling tersebut telah dikurangkan dari 3mm kepada 24mm dan ianya telah dibuat daripada unsur alloy (campuran tembaga, zink, dan timah) berbanding pada sri sebelumnya dimana ianya dibuat daripada unsur tembaga dan nikel. Simbol “$” tetap dimasukkan pada wang syiling baru ini tetapi ianya dipanggil “RINGGIT” untuk wang syiling ini dari tahun 1993 keatas. Pada 7 Disember 2005 wang syiling 1 ringgit telah dihentikan penggunaannya berikutan timbulnya masalah pemalsual wang syiling.

Pada 1 April 2008, sistem bundar telah digunakan kepada 5 sen yang terdekat hanya untuk pembayaran bil sahaja yang telah dikuatkuasakan dan diumumkan pada tahun 2007 oleh Bank Negara Malaysia dengan tujuan untuk mengatasi masalah tiada lagi penggunaan wang syiling 1 sen. Harga barangan keperluan yang dijual dalam gandaan 1 sen telah dibundarkan ke 5 sen yang terdekat. Sebagai contoh, jika barangan yang dibeli berharga RM4.88 dan RM3.14, jumlah harga kedua barangan bernilai RM8.02. Maka ianya dibundarkan kepada rrm8.00. tetapi jika jumlah harga barangan tersebut bernilai RM8.05, maka harga tersebut akan dikekalkan.

Selanjutnya...

Sejarah wang syiling

Kijang Emas

Tiga nilai ukuran untuk wang syiling emas adalah “Kijang Emas” (merupakan salah satu logo untuk Bank Negara Malaysia)  juga diperkenalkan. Nilai ukuran tersebut adalah RM50, RM100 dan RM200. Ianya telah dilancarkan pada 17 julai 2001 oleh Bank Negara Malaysia dan dicetak oleh Royal Mint of Malaysia. Penjualan dan pembelian harga KIjang Emas ini ditentukan oleh harga emas semasa antarabangsa.

Selanjutnya...